Director's Message

28/12/2023
16:58

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selamat datang diucapkan ke laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS Perlis). Laman sesawang JPS Negeri Perlis ini adalah bertujuan untuk menyediakan maklumat asas tentang peranan dan tanggungjawab serta aktiviti-aktiviti terkini Jabatan. Laman sesawang ini juga adalah sebagai saluran kepada pelanggan-pelanggan, orang awam dan stakeholders untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan maklumbalas mengenai perkhidmatan JPS. Adalah menjadi matlamat kami untuk memberikan maklumat asas yang perlu agar peranan JPS dapat difahami dan dapat memberi impak yang positif kepada orang awam dan para stakeholders. Di antara perkhidmatan yang diberikan adalah:-

  • Menyediakan kemudahan saliran bandar dan melaksanakan projek tebatan banjir bagi mengurangkan kesan banjir.
  • Menyediakan dan menyelenggara kemudahan sistem pengairan dan saliran untuk pertanian.
  • Melaksanakan program pemulihan dan pemeliharaan sungai termasuk penyelesaian masalah hakisan tebing sungai, memulihkan dan menambahbaik keadaan sungai.
  • Melaksanakan kerja-kerja kawalan hakisan pantai dan memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan pembangunan di zon pantai dan kejuruteraan pantai.
  • Mengendali dan menyenggara semua stesen hidrologi untuk pengutipan data hidrologi jangka panjang dan untuk ramalan dan amaran banjir bagi mengurangkan kerosakan akibat banjir.

Visi JPS iaitu ‘Peneraju Perkhidmatan Kepakaran Kejuruteraan dan Pengurusan Sumber Air Negara’ adalah amat bertepatan dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada JPS sebagai penggerak utama di dalam sektor Pengurusan Sumber Air. Visi ini akan memacu JPS terhadap pembangunan sumber air yang mampan demi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan alam sekitar. Oleh itu, demi memenuhi agenda dan visi tersebut, JPS telah merangka pelbagai dasar untuk memastikan mutu perkhidmatan sentiasa mencapai kualiti yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan terima kasih di atas kesudian melawat laman sesawang kami. Sokongan dan maklum balas daripada orang awam dan para stakeholders amatlah dihargai. Ia merupakan langkah utama JPS untuk mencapai aspirasi dan transformasi Kerajaan ke arah Negara yang inovatif dan berdaya maju.